Semuanya Tentang
One Minda Sihat
One Minda Sihat menggunakan Skala Kemurungan, Kegelisahan dan Tekanan (DASS-42) untuk menjalankan Penilaian Kesihatan Mental dengan lebih tepat.
DASS-42 adalah penilaian piawai ringkas yang terdiri daripada 42 perkara yang akan membantu anda menentukan faktor risiko anda bagi kemurungan, kegelisahan, dan tekanan.
Gunakan keputusan penilaian anda sebagai asas untuk anda menilai jenis sokongan yang anda perlukan. Anda digalakkan untuk membincang tentang keputusan penilaian anda bersama pakar profesional perubatan atau pakar kesihatan mental.
Mengapakah saya perlu melakukan penilaian kesihatan mental?
Penilaian kesihatan mental membantu anda untuk mengenalpasti keadaan kesejahteraan mental dan mengetahui faktor-faktor risiko yang mungkin perlu diperhatikan
Apa yang perlu saya lakukan dengan keputusan penilaian saya?
Dapatkan sokongan kaunselor untuk membincangkan tindakan seterusnya berdasarkan keputusan yang diterima
Berapa kerap saya harus mengambil penilaian ini?
Anda digalakkan untuk mengambil pemeriksaan berkala untuk mengenalpasti perubahan emosi dari masa ke masa.
Kata Pengantar
Kepada Pengguna yang Dihormati,
Dalam persekitaran dunia yang semakin kompleks ini, ramai diantara kita yang mengalami stres, kemurungan dan kegelisahan. Tidak mudah untuk mengenalpasti masalah ini pada diri dan masyarakat sekeliling. Diharapkan One Minda Sihat dapat memberikan panduan dan bantuan dalam mengenalpasti permasalahan kesihatan mental. Kami berharap sistem ini akan menjadi alat berguna dalam perjalanan anda menuju kesejahteraan mental yang lebih baik.
Wan Anor Wan Sulaiman
Pengasas One Minda Sihat
Hubungi Kami
Berikan Pendapat / Maklum balas anda kepada kami melalui borang maklumat dibawah